Mencungkil kekuatan dan kelemahan diri, pasangan, serta anak-anak berpandukan 30 juzuk Al-Quran.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya (Surah al-Isra’: 82)
Allah SWT berfirman
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu
Al–Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman”
(Surah Yunus: Ayat 57)

Kreativiti Allah dalam pembahagian
Al-Quran menjadi 30 Juz bukanlah suatu hal tanpa tujuan
Tidak mungkin Allah Swt melakukan sesuatu yang sia-sia dan tanpa makna. Pada susunan dan pembahagian 30 Juz Al-Qur’an
Kita akan menemukan mukjizat ilmu pengetahuan sekaligus supernatural, di mana kita dapat mengenali potensi diri, bakat dan karakter baik-buruk pada diri kita berdasarkan Al-Qur’an.
Setiap Manusia yang ada di muka bumi ini, baik yang masih di dalam kandungan ( ditiupkan rohnya ketika umur 3 Bulan ) mahupun yang telah lahir ke dunia ini, SETIAP INDIVIDU TELAH MEMILIKI JUZUK DIRI. Al Quran yang di pakai adalah Mushaf Uthmani atau Resam Uthmani.
APA ITU JUZUK DIRI?
Juz Diri adalah media untuk mengenali potensi diri
1. Berfungsi sebagai Operating System Otak manusia sehingga pembacaan Juz Diri akan berpengaruh pada perbaikan dan peningkatan kualiti otak manusia
2. PROSES PENATAAN (PEMBACAAN) Bacaan Juzuk ini, Anda akan merasakan seperti dilahir kembali (Reborn) ketika juz anda telah dibuka dan DIBACA (penataan) langsung oleh anda.
3. Anda akan merasakan perkara yang luar biasa ( perasaan senang, sedih, menangis dan lain-lain) ketika membaca JUZUK DIRI anda.
4. Segala potensi diri anda akan lebih tergali & segala kekurangan anda akan dapat diperbaiki dengan lebih baik
5. jika ada penyakit yang bersarang di tubuh anda, insyaALLAH dengan membaca JUZUK DIRI anda, akan diangkat semuanya oleh ALLAH SWT.
Dengan mengamalkan Juzuk Diri masing-masing yang mana akan menjadi satu Blue Print manusia yang akan mengaktifkan berbagai potensi diri dan dalam masa yang sama :
i. kita sedang nyahaktifkan (matikan) berbagai potensi negatif yang kita miliki
ii. Juzuk Diri merupakan seperti satu software ‘Anti Virus’.
Jika komputer anda terserang virus maka tindakan pertama anda adalah mengaktifkan software anti virus bagi menghapuskan virus tersebut. Ini bermakna bila anda membaca Juzuk Diri anda setiap hari atau paling tidak seminggu sekali, bererti anda telah menghidupkan anti virus bagi mengesan menyeluruh potensi penyakit atau segala sesuatu yang akan membahayakan diri anda.
iii. Pada waktu scanning ke atas virus-virus yang mungkin ada dalam diri anda maka secara otomatik akan terjadi proses pemusnahan (deleting) atas virus-virus tersebut.
Ramai orang yang menjadi saksi (testimoni) bahawa ada kekuatan yang luar biasa ketika Penataan Juzuk Diri dilakukan (amalkan) secara tepat dan istiqamah.
iv. Ketika anda sakit, walaupun ada berbagai tumbuhan ubat dan pelbagai penawar, tidaklah anda serta merta mengambil tumbuhan tersebut tanpa mengambil kira akan dos dan formula yang tepat.
iiv. Dengan kata lain, anda harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tepat.
Di sinilah fungsinya Juzuk Diri sebagai formula/sukatan/dos ubat yang tepat bagi perkembangan potensi positif diri anda apatah lagi Al Quran telah disebutkan oleh Allah SWT sebagai SYIFA’
Justeru benarlah al-Quran menjadi syifa’ , penawar kepada penyakit dan penyelesaian kepada semua musykil kita di dunia ini.
Semoga Allah selamatkan kita daripada penyakit kronik dan menjadikan kita cinta kepada Al-Quran.